fbpx

Jumpa jodoh di pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin dikenali sebagai Pija dan Azwa yang bertemu jodoh ketika berada di sebuah pusat kuarantin Covid-19.

Benarlah orang kata, kalau sudah jodoh pasti tidak akan ke mana.

Itulah yang dapat digambarkan tentang pasangan pengantin baharu dikenali sebagai Pija dan Azwa yang bertemu jodoh ketika berada di sebuah pusat kuarantin Covid-19.

Perkara tersebut dikongsi oleh seorang jurugambar yang menceritakan pengalamannya merakam detik bahagia pasangan yang juga petugas barisan hadapan itu.

Menurut jurugambar yang dikenali sebagai Taufiq Noor, Pija dan Azwa bertemu dan berkenalan di salah sebuah pusat kuarantin Covid-19 sekitar awal tahun lalu.

Mereka berdua meminta sesi fotografi gambar perkahwinan dirakam dengan memakai sut pelindungan diri (PPE) untuk dijadikan sebagai kenangan.

“Aku tabik dengan semangat mereka yang memakai baju PPE bermula pukul 12 sehingga 1.30 ttengah hari ketika panas terik. Katanya, sudah biasa bermandi peluh,” tulis Taufiq.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai sehingga dikongsi seramai 232 pengguna Facebook.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI