fbpx

Fokus pertanian moden bantu tingkatkan hasil makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah Mat Nawi (kiri) menyerahkan sumbangan kepada petani yang terkesan akibat banjir tahun lalu di Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan terus membangunkan kaedah pertanian moden bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pertukaran status tanah pertanian kepada pembangunan dilihat turut memberikan impak kepada penghasilan sumber makanan negara.

“Bidang kuasa tanah di negara ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Pihak kementerian faham dengan isu-isu yang dibangkitkan (berkait penukaran status tanah pertanian kepada pembangunan).

“Rakyat turut memperlukan penempatan (rumah) untuk berteduh dan kedua-dua ini (makanan) saling melengkapi. Jadi, kerajaan sentiasa ambil serius perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyampaian Bantuan Banjir di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rantau Panjang di sini hari ini.

Che Abdullah memberitahu, usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian menerusi projek kebun dan pertanian bandar bertujuan mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian.

Katanya, masalah itu menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh kementerian bagi memastikan makaman negara mencukupi.

Mengulas mengenai bantuan banjir, Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kementerian memperuntukkan sebanyak RM146,100 bagi membantu petani yang terjejas dengan musibah tersebut pada penghujung tahun lalu dan awal Januari ini.

Katanya, peruntukan dibawa program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin itu melibatkan seramai 1,461 petani. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI