fbpx

Dua tokan dadah dicekup di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada dadah yang dirampas daripada dua tokan dadah dalam dua serbuan berasingan di Manjung pada kelmarin dan semalam.

LUMUT – Seorang pengawal keselamatan serta seorang pekebun yang disyaki menjadi tokan dadah dicekup dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah Manjung kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, operasi pertama oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung menahan pengawal keselamatan berusia 37 tahun di hadapan sebuah rumah taman perumahan di Seri Manjung kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu kotak plastik lut sinar yang mengandungi 18 peket plastik lut sinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 49 gram.

“Satu peket plastik lutsinar di dalamnya berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 4.5 gram turut ditemui pada suspek dengan nilai keseluruhan rampasan dadah itu ialah RM 2,920,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nor Omar, semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah manakala saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah syabu atau methamphetamine.

Katanya, operasi kedua kira-kira pukul 6 petang semalam berjaya menangkap seorang lelaki berusia 35 tahun di sebuah ladang kelapa sawit Jalan Batu 12, Segari dekat sini.

Ujarnya, hasil pemeriksaan menjumpai dadah jenis heroin anggaran berat 16 gram serta dadah jenis ganja anggaran berat 21 gram.

“Suspek bekerja sebagai pekebun dan hasil semakan mendapati dia mempunyai dua rekod kesalahan lampau yang bersangkutan dengan kes dadah.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis morfin,” katanya.

Nor Omar berkata, suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Suspek kedua pula disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) juga mengikut akta yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI