CANBERRA, Australia – Seorang gadis yang sukar membezakan arah kanan dan kiri mencacah tatu berupa huruf L untuk (kiri) dan R bagi (kanan) pada tangannya.
D’Kodia Laine, 23, membuat keputusan tersebut supaya dia tidak lagi keliru tentang arah kanan dan kiri pada masa hadapan, lapor akhbar Daily Mail Australia kelmarin.
Pelajar dari Canberra, Australia itu memberitahu, dia sudah lama keliru antara arah kiri dan kanan, namun masalah tersebut menjadi semakin teruk tahun lepas.
“Saya dilantik sebagai ketua kumpulan dalam permainan mencari harta karun dan ia berakhir dengan kekalahan kerana saya tersalah beri arah kepada pemandu.
“Rakan saya melukiskan huruf L dan R menggunakan pen di tangan supaya saya tidak lagi keliru,” jelasnya.
Tindakan rakannya memberi idea kepada D’Kodia untuk mencacah tatu kekal dengan harapan masalah kekeliruannya akan berakhir.“Ia bermula sebagai gurauan tetapi kini menjadi sesuatu yang
sangat berguna kepada saya supaya saya tidak kelihatan bodoh di hadapan orang lain kerana tidak tahu membezakan antara kiri dan kanan,” katanya. – Agensi