fbpx

Cabaran Jun Hoong ke Piala Dunia Terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HOONG kesuntukan masa untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Piala Dunia Terjun FINA 2021 dari 18 hingga 23 April depan.

BEKAS juara dunia, Cheong Jun Hoong berharap mempunyai tempoh masa yang cukup untuk melakukan persediaan sebaik mungkin bagi menghadapi Piala Dunia Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) 2021 dari 18 hingga 23 April depan.

Kejohanan yang akan berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun itu merupakan peluang terakhir buat penerjun berpe­ngalaman negara tersebut untuk melayakkan diri ke Sukan Olim­pik 2020, juga di Tokyo bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Justeru, Jun Hoong, 31, yang pernah memenangi pingat emas acara 10 meter (m) platform Kejohanan Terjun Dunia 2017, akan berusaha gigih mempersiapkan diri setelah mendapat ‘lampu hijau’ untuk kembali berlatih selepas tamat menjalani kuarantin kendiri.

“Saya sudah selesai kuarantin dan kembali berlatih sejak se­minggu lalu. Saya harap segala­nya berjalan lancar dan membolehkan saya bertanding pada Piala Dunia Terjun (FINA 2021).

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk bersedia dalam tempoh yang ada sekarang dan itulah sasaran saya buat masa ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Jun Hoong terpaksa menjalani kuarantin selepas difahamkan dia merupakan kontak rapat kepada salah seorang atlet negara yang positif Covid-19 dan mujur tidak dijangkiti pandemik tersebut.

Tempoh kuarantin dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak sehingga 18 Februari ini antara rintangan yang perlu dihadapi Jun Hoong untuk melakukan persediaan terbaik sebelum ke Tokyo.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 acara 10m platform seirama bersama Pandelela Rinong itu, baru menyertai satu pertandingan sejak Mei 2018 iaitu Kejohanan Terjun Antarabangsa Malaysia secara maya di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada Disember lalu.

Ia disebabkan Jun Hoong yang berlatih di bawah bimbingan Yang Zhuliang, terpaksa menjalani pembedahan lutut selepas pulang daripada tugasan Siri Terjun Dunia di Kazan, Rusia yang me­nyaksikan dia meraih pingat gangsa 10m platform pada Mei 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI