fbpx

Bukan menang kerana falsafah saya – Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JORGINHO menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan Chelsea kemenangan ketika menewaskan Spurs 1-0 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel enggan mengambil kredit selepas berjaya mengembalikan pasukan itu pada prestasi terbaik termasuk kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Sebaliknya, Tuchel, 47, memuji semangat juang tinggi ditunjukkan anak-anak buahnya yang kini berjaya meraih tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri daripada tiga perlawanannya sejak dilantik sebagai pengendali The Blues.

“Kecemerlangan ini bukan kerana kaedah atau falsafah permainan saya. Ia disebabkan pasukan ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk berjaya dan para pemain juga telah membuktikannya.

“Saya mempercayai sepenuhnya kemampuan para pemain. Malah, mereka juga tidak pernah hilang harapan atau keyakinan, sebaliknya memberikan segala-gala yang ada dalam tiga perlawanan setakat ini.

“Saya anggap ini sebagai permulaan sempurna kerana ia bukan sesuatu yang mudah memandangkan saya baru sahaja tiba di sini dan masih banyak kerja perlu dilakukan,” kata Tuchel.

Gol tunggal Chelsea dalam perlawanan itu diperoleh menerusi sepakan penalti Jorginho iaitu pemain yang sebelum ini jarang mendapat tempat dan kepercayaan di bawah bekas pengendali, Frank Lampard.

Bagaimanapun, The Blues terpaksa membayar harga mahal terhadap kemenangan itu apabila bek tengah, Thiago Silva terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-36 selepas dilaporkan mengalami kecederaan kaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI