fbpx

Abdul Jalil dilantik Ketua Polis Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Jalil

PETALING JAYA – Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor bagi menggantikan Datuk Noor Azam Jamaludin yang bersara wajib pada 15 Disember lalu.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara, Superintendan A. Skandaguru dalam kenyataan berkata, arahan pertukaran itu akan berkuatkuasa 1 Mac ini.

“Abdul Jalil, 57, pernah menjadi Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Pahang pada 25 Julai 2019.

“Selepas persaraan Noor Azam, jawatan Ketua Polis Selangor dipangku timbalannya, Datuk Arjunaidi Mohamed sehingga kini,” jelasnya hari ini.

Noor Azam menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Selangor selama setahun 10 bulan dan berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 33 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI