fbpx

Tiga lelaki ditahan miliki daun dan jual air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bungkusan berisi air ketum yang dirampas polis menerusi tiga serbuan berasingan di Permas Jaya, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai memiliki dan menjual air ketum menerusi tiga serbuan berasingan yang dijalankan sekitar Permas Jaya di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam operasi bermula pada pukul 11 malam itu, mereka yang diberkas berusia antara 23 hingga 37 tahun.

Jelasnya, dalam siri serbuan itu, pihaknya turut merampas 54.9 liter air ketum dan 20 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM749.

“Dalam serbuan pertama, polis merampas 85 bungkus plastik lut sinar berisi air ketum, satu periuk, satu dapur gas dan satu tong gas yang dipercayai digunakan untuk memasak air ketum.

“Pada serbuan kedua, polis merampas empat plastik lut sinar berisi air ketum dan enam bungkus plastik berisi daun ketum.

“Manakala dalam serbuan ketiga, polis merampas satu guni berisi sisa daun ketum, 50 plastik berisi daun ketum dan pelbagai perkakas digunakan untuk memasak air ketum,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Padzli, soal siasat yang dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek mendapati air ketum berkenaan adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk dijual kepada pembeli tetap mereka.

“Ujian saringan air kencing yang dibuat mendapati kesemua negatif penyalahgunaan dadah selain tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,’ ujarnya.

Pihaknya turut meminta kerjasama orang awam untuk melaporkan kegiatan salah laku menerusi talian 07-2182323. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI