KUALA LUMPUR – Peruncit perkakas kelengkapan rumah, MR D.I.Y. mengadakan promosi ‘Wang Nilai’ yang menawarkan diskaun istimewa bagi pembelian pelbagai barangan yang berkaitan sambutan Tahun Baru Cina.
Selain potongan 30 peratus bagi barangan perhiasan dan potongan 25 peratus bagi produk makanan istimewa Tahun Baru Cina, promosi itu turut menawarkan potongan sehingga 30 peratus untuk lebih 40 barang keperluan pembersihan dan memasak termasuk pengelap lantai, penyapu nilon, alat pemproses makanan dan kuali tidak lekat.
Pelanggan yang berbelanja minimum RM30 dalam satu resit di semua cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR juga boleh mendapatkan satu pek sampul duit percuma sementara stok masih ada.
Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, sambutan Tahun Baru Cina kali ini sangat berbeza berbanding sebelumnya apabila ramai masyarakat Cina yang tidak boleh pulang ke kampung halaman untuk berkumpul dengan keluarga dan sanak saudara.
“Ada yang tidak mengetahui bagaimana mereka perlu mengemudi tradisi dan adat yang berbeza pada musim perayaan ini, misalnya apa yang perlu dimasak, cara untuk menghias rumah dan bagaimana untuk menjadi tuan rumah acara makan malam besar bersama keluarga.
“Kami berharap sambutan kali ini dapat diraikan dalam suasana yang bebas daripada sebarang tekanan dengan menyediakan semua keperluan keluarga di bawah satu bumbung, termasuk lebih 25 produk makanan istimewa sempena perayaan seperti kuih kapit dan tat gulung nenas.
“Kami mahu pelanggan mempunyai banyak pilihan,” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini.
Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan, setiap cawangan MR D.I.Y. mematuhi prosedur operasi standard ketat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook dan Instagram @MR DIY.