fbpx

Pertimbang hospital swasta beri HSO, potong gelang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk menurunkan kuasa kepada hospital swasta bagi mengeluarkan perintah pengawasan di rumah (HSO) kepada pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, langkah tersebut dalam menyelaraskan perkhidmatan bersama menerusi kerjasama awam dan swasta.

“Doktor swasta ketika ini tidak diturunkan kuasa untuk memberi HSO atau mengarahkan pesakit Covid-19 memakai gelang.

“Justeru, kita nak turunkan kuasa tersebut bukan hanya kepada penjawat awam tetapi pengamal perubatan berdaftar (swasta) dalam memberikan HSO, pemakaian gelang sehinggalah ia dipotong,” katanya pada pada sesi libat urus darurat Covid-19 siri 2/2021: Ujian Pengesanan Covid-19 dan Kesiapsiagaan Makmal KKM secara maya di sini hari ini.

Sesi tersebut turut melibatkan Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr. C Suresh Kumar dan Ketua Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr. T. Ravindran.

Selain itu, ia turut membabitkan Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK); Dr. Hani Mat Hussin dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan Perubatan KKM, Dr. Mohamed Ahsan Mohamed Ismail.

Ditanya mengenai penetapan harga yang berbeza bagi ujian RT-PCR dan RTK-Antigen di klinik swasta, Noor Hisham berkata, pihaknya dalam proses kajian bagi penetapan dan kawalan harga tersebut.

“Sebagai contoh pada tahun lepas, harga pelitup muka naik mendadak ketika awal dahulu. Jadi kawalan harga ini penting,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI