fbpx

Pelanggan, pemilik premis lega kedai gunting kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Aiman Fariss Ismail (berdiri) membuat persediaan untuk menggunting rambut pelanggan di premisnya di Kampung Cherang, Meranti, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Pembukaan semula perkhidmatan gunting rambut bermula hari ini bukan sahaja melegakan pemilik premis malah pelanggan turut melahirkan rasa syukur apabila mereka boleh tampil dengan lebih kemas ke tempat kerja.

Perkara itu diakui sendiri oleh Azrul Abdul Aziz, 29, dari Kampung Kedondong di sini yang merasakan dia lebih selesa untuk berambut pendek.

Azrul berkata, imej rambut pendek itu memudahkan dia untuk bekerja selain kelihatan kemas.

“Apabila mendapat tahu kedai gunting rambut boleh beroperasi, saya terus datang ke Kedai Gunting AF di Kampung Cherang
Meranti di sini untuk memotong rambut,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, pemilik premis berkenaan Muhamad Aiman Fariss Ismail, 25, mengakui kebenaraan membuka semula operasi itu membuatkan kantung kewangan premisnya kembali bernyawa.

Katanya, dia tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat menggunting rambut hari ini.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan kedai gunting beroperasi, saya terpaksa menggunakan wang tabung untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya berharap kerajaan tidak lagi membekukan perniagaan kedai gunting. Kebanyakkan pemilik kedai gunting mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19,” ujarnya yang merupakan pemegang Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM).-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI