fbpx

NCER berjaya tarik pelaburan RM15.6 bilion tahun 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengunjurkan pertambahan pelaburan ke Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bernilai RM16 bilion pada tahun ini.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, melalui peningkatan pelaburan tersebut, pihaknya juga berharap dapat menawarkan sehingga 20,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat di wilayah berkenaan.

Menurutnya, pada tahun lalu, NCER telah berjaya menarik pelaburan bernilai RM15.6 bi­lion pada tahun lalu meskipun berdepan dengan persekitaran ekonomi sukar ekoran pandemik Covid-19.

“Projek pemangkin yang sedang dijalankan di seluruh NCER antaranya adalah Kawasan Perindustrian Lembah Chuping di Perlis, Bandar Getah Kedah, Pusat Teknologi dan Inovasi NCER di Pulau Pinang serta Taman Teknologi SilverValley di Perak yang merupakan antara be­nefisiari pelaburan strategik dan peluang pekerjaan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut beliau, pencapaian tersebut menunjukkan komitmen pihaknya yang melaksanakan pelbagai usaha untuk me­ningkatkan taraf hidup rakyat serta menyediakan pelbagai aktiviti ekonomi mampan bagi komuniti perniagaan.

“Inisiatif pemulihan sosio ekonomi yang terkandung dalam SDP NCER 2021-2025 memberi impak positif serta-merta kepada rakyat selari dengan inisiatif pemulihan kerajaan dan negeri,” jelasnya.

Selain itu, NCIA juga telah berjaya mewujudkan lebih 22,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan, logistik, ekonomi digital, pelancongan, agrobiologi, dan ekonomi hijau.

Ia dilaksanakan melalui pelaburan dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI