fbpx

Mayat lelaki Bangladesh mati dibunuh disorok bawah penutup longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang sudah berulat di sebuah kilang di Bukit Mertajam hari ini.-Foto IHSAN BOMBA

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja lelaki warga Bangladesh ditemui mati dalam keadaan sudah berulat di sebuah kilang pakaian di Taman Perindustrian Beringin, Juru, Bukit Mertajam di sini hari ini disyaki akibat dibunuh rakan senegaranya.

Mayat mangsa, Mohammad Rajib Mia, 29, ditemui oleh pekerja syarikat terbabit di dalam longkang di kawasan kilang kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, seorang pengurus jualan terhidu bau busuk sebelum mendekati kawasan longkang.

“Dia ternampak ulat keluar dari longkang sebelum dia menemui mayat dalam keadaan sudah mereput.

“Mayat itu disembunyikan di dalam longkang dan ditutup dengan penutup longkang jenis simen,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, berdasarkan siasatan di lokasi kejadian, terdapat kesan kecederaan akibat objek tumpul pada badan mangsa.

“Polis turut menemui sebilah pisau, tukul besi dan batang besi yang terdapat kesan disyaki darah dalam jarak dianggarkan dua meter dari mayat selain kesan darah di tingkat atas premis yang dijadikan pejabat dan asrama.

“Siasatan turut mendapati mangsa dilaporkan hilang sejak 15 Januari lalu, namun tiada laporan polis tentang kehilangannya dibuat,” katanya lagi.

Menurut Shafee, hasil kepantasan polis, pihaknya berjaya menahan suspek iaitu lelaki rakan senegara mangsa berusia 21 tahun di sebuah kilang milik syarikat sama di Simpang Ampat di sini hari ini.

“Mengikut pengakuan, suspek membunuh mangsa menggunakan batang besi dan dia berseorangan semasa melakukan jenayah itu,” katanya.

Menurutnya, motif kejadian berkenaan masih dalam siasatan pihaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI