fbpx

Lembu nama ‘Posh Spice’ paling mahal di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu ini dinamakan Posh Spice sempena ahli kumpulan pop, Spice Girls. – THE SUN

LONDON – Seekor lembu baka heifer bernama ‘Posh Spice’ muncul sebagai lembu paling mahal di Eropah, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Posh Spice merupakan gela­ran yang digunakan oleh selebriti Britain, Victoria Beckham semasa menganggotai kumpulan pop, Spice Girls.

Lembu itu dijual pada harga £262,000 (RM1.4 juta) dan lebih mahal daripada harga purata rumah di Britain.

Harga £262,000 itu juga pa­ling mahal di dunia untuk lembu baka limusin heifer iaitu dua kali ganda berbanding £131,250 (RM724,187) yang dibayar pada 2014.

Ketika dijual baru-baru ini, lembu betina tersebut berusia setahun.

Harga yang ditawarkan itu mengejutkan pemiliknya, Christine Williams dan Paul Tippetsya dari Shropshire, England.

“Saya hampir tidak mempercayainya. Harga yang ditawarkan adalah benar-benar di luar jangkaan,” kata Christine yang berumur 57 tahun

 

 

Posh SPICE ketika menghadiri majlis pembukaan MuziumNasional Qatar di Doha pada 27 Mac 2019. – AFP

 

Menjelaskan mengenai pilihan nama unik tersebut, dia berkata, lembu itu dinamakan Posh Spice bukan kerana ia memiliki ‘mood’ seperti penyanyi berkenaan.

“Kami hanya mahu mengaitkan lembu tersebut dengan induknya yang bernama Ginger Spice.

“Saya berharap nama Posh Spice tidak memiliki hak cipta,” ujar Christine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI