fbpx

Kereta terbakar di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta terbakar di KLIA, Sepang dalam kejadian pukul 10.30 pagi tadi. Pix: Ihsan FB Malaysia Airports.

SEPANG – Sebuah kereta dipercayai kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar di kawasan kerbside Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini dalam kejadian pukul 10.30 pagi tadi.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan di Facebook berkata, kes itu serta-merta dilaporkan kepada pihak Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) untuk bantuan pemadaman api.

“Sementara menunggu ketibaan AFRS, pihak terminal dan polis trafik bertugas dikenali Encik sebagai Syafiq turut membantu mengawal kebakaran tersebut.

“Pihak AFRS tiba beberapa minit kemudian dan berjaya mengawal api seterusnya memadam kebakaran tersebut,” katanya hari ini.

Malaysia Airports berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun lokasi tersebut ditutup sementara untuk keselamatan orang ramai di KLIA.

“Kami berharap semua pemandu agar menjadi lebih berhati-hati kerana malang tidak berbau,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI