fbpx

Kepenatan mula hambat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD SALAH (kiri) gagal meneruskan momentum jaringan apabila hilang sentuhan penyudah ketika Liverpool tewas 0-1 kepada Brighton awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya berdepan masalah kepenatan fizikal dan mental sekali gus menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield awal pagi semalam.

Jaringan Steven Alzate pada minit ke-56 menyaksikan Brigh­ton berjaya membawa pulang tiga mata penuh serta menjadikan kekalahan keempat The Reds musim ini termasuk dua aksi di tempat sendiri.

Rekod kebal 68 perlawanan Liverpool di Anfield sebelum ini dipecahkan oleh Burnley pada bulan lalu.

Perlawanan itu juga menyaksikan Liverpool berdepan masalah di bahagian serangan mereka yang agak tumpul sejak kebelakangan ini terutama di Anfield apabila gagal meledak sebarang gol dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak kali terakhir pada Oktober 1984.

“Kami tidak cukup segar untuk turun pada perlawanan ini. Secara mental dan fizikal, kami berdepan masalah kepenatan.

“Banyak kali kami memberikan bola kepada pasukan lawan dengan mudah, ia petanda bahawa mental kami bermasalah. Saya tahu mereka mampu menghantar bola dari A kepada B tetapi itu tidak berlaku.

“Kami membuatkan perlawanan ini menjadi mudah untuk Brighton dan mereka juga telah bermain dengan baik.

“Brighton layak untuk memenangi aksi kali ini, tidak ada keraguan mengenainya. Pada saya, adalah sangat penting untuk kami mencari sebab mengapa kami tewas dan memahaminya. Aksi kami langsung tidak meyakinkan.

Liverpool kini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Manchester City yang juga mempunyai kelebihan satu perlawanan dan mereka akan berentap pada aksi awal pagi Isnin nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI