fbpx

‘Kau kacau keluarga aku, kau siapa?’ – Akim Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akim dan wanita yang mendakwa lakonannya menerusi muzik video Rampas dipotong gara-gara sikap cemburu Stacy.

PETALING JAYA – Penyanyi Akim & The Majistret naik berang dengan tuduhan melulu seorang wanita yang mendakwa lakonannya menerusi muzik video muzik Rampas dipotong gara-gara sikap cemburu Stacy.

Menafikan tuduhan tersebut, Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 30, tampil menjelaskan tindakan pihaknya menukar jalan cerita dengan membuang semua lakonan wanita terbabit dalam video Rampas bagi menghormati lirik lagu berkenaan yang ditujukan khas buat arwah ibunya, Aminah Baharu.

“Rampas itu tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang, ibu aku. Dengan video muzik yang pada aku agak sensitif dan keterlaluan, aku rasa tak sesuai untuk aku keluarkan.

“Jadi, aku amik keputusan untuk tukar semua konsep kepada yang boleh ditonton untuk semua sebab aku masih berpegang pada adat dan budaya timur,” tulisnya dalam satu ciapan Twitter sebentar tadi.

Tambah pelantun lagu Bengang itu, tindakannya memadam lakonan wanita berasal dari Thailand dalam muzik video tersebut juga kerana mahu menjaga nama baik keluarga, terutama ayahnya, Ahmad Suleiman.

“Aku sudah kehilangan ibu aku, kalau keluarkan muzik video yang keterlaluan pada pandangan mata orang Asia, apa pula pandangan kekecewaan yang akan aku dapat daripada ayah aku? Aku tak nak kecewakan ayah dan keluarga.

“Ini bila kita sudah beritahu jalan cerita sesebuah lagu sudah dibincangkan tapi tetap nak buat sesuatu atas sebab ‘seni’ sebab nak kepuasan nafsu sendiri dalam berkarya, siapakah?,” ujar Akim yang kematian ibunya pada tahun 2018.

Lebih mengecewakan, isu berkenaan dibangkitkan oleh wanita terbabit pada hari ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama Stacy Anam.

“Hari ini ulang tahun perkahwinan aku, kau kacau keluarga aku? Kau rasa kau siapa s**l?,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, wanita berkenaan menerusi Twitter tampil mempertahankan dirinya dengan menafikan dia berbohong tentang isu tersebut.

Dalam ciapan berkenaan, selebriti media sosial kelahiran Vietnam itu turut berkongsi rakaman video perbualannya dengan lelaki yang bertanggungjawab berurusan dengannya.

“Anda membesarkan perkara ini dan label saya penipu. Saya tak pernah ingin situasi pergi sejauh ini. Untuk itu, saya mohon maaf.

“Ya, mereka bayar saya. Saya tidak pernah sebut saya marah atau kesal dengan apa yang berlaku. Saya hanya ingin bercakap tentang situasi yang berlaku.

“Apa yang saya marah sebab pasukan yang berkerja untuk rakaman video itu sangat bekerja keras. Anda pula buat benda ini segalanya tentang wang,” katanya.

Terdahulu, Akim berasa terkesan dengan isu video muzik Rampas apabila seorang wanita difahamkan model yang menetap di Bangkok, Thailand memuat naik satu status Twitter seperti mengejek tindakan sebuah kumpulan muzik tempatan memotong lakonannya dalam sebuah video muzik disebabkan sikap cemburu isteri penyanyi kumpulan tersebut.

Dalam ciapannya, wanita itu memberitahu, dia telah terbang ke Malaysia bagi melunaskan tanggungjawab menjayakan penggambaran video muzik dengan sebuah kumpulan tempatan.

Namun selepas pulang ke Bangkok, Thailand, dia dimaklumkan bahawa semua babak lakonannya dalam muzik video itu terpaksa dipotong kerana masalah cemburu.

Dia turut meluahkan kekecewaan kerana semua kru terlibat termasuk pengarah telah meletakkan sepenuh komitmen dan usaha bagi menghasilkan muzik video berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu tidak mendedahkan nama kumpulan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI