fbpx

Jualan Daihatsu meningkat pada tahun 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Petaling Jaya – Kekangan persekitaran yang agak mencabar ekoran pandemik Covid-19 tidak menghalang Daihatsu (M) Sdn. Bhd. (Daihatsu) mencapai sasaran jualannya pada tahun 2020 malah dengan angka lebih tinggi iaitu lima peratus menerusi jualan sebanyak 1,410 unit kereta.

Pengarah Urusannya, Arman Mahadi berkata, jualan terba­nyak dicatat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu pada bulan Julai dan September berikutan aktiviti promosi secara online yang agresif dilakukan.

Jualan korporat Daihatsu pada tahun lalu mencatat pertumbuhan sebanyak 10 peratus berbanding tahun 2019 disumbangkan daripada tempahan berulang seiring keyakinan pe­langgan yang semakin meningkat terhadap kempen secara online.

“Kami berbangga kerana syarikat telah mencatat prestasi yang baik tahun lalu meskipun berdepan dengan persekitaran sukar.

“Fokus kami adalah untuk memastikan pusat servis sentiasa bersedia menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di seluruh negara.

“Ini adalah pencapaian terbaik sempena ulang tahun Daihatsu ke-40 di Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Arman menerangkan, Daihatsu Gran Max telah dipilih sebagai model pilihan manakala panel van dan pick up untuk segmen kenderaan komersial ringan (di bawah 2.0L) bagi tahun 2020 di­pilih sebagai model popular untuk segmen kenderaan pengangkut.

Bagi model berkenaan, ia mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 26 peratus tahun ke tahun sejak 2019.

Tambah beliau, sepanjang sembilan bulan ketika pelaksanaan PKP, Daihatsu Malaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat daripada pengalaman dan perkhidmatan selepas jualan.

Antaranya ialah memba­ngunkan bilik pameran Daihatsu secara maya yang mana pelanggan boleh melakukan transaksi tempahan secara online.

“Kami melihat tahun 2021 akan menjadi tahun mencabar tetapi kami yakin untuk me­ngukuhkan kedudukan sedia ada dengan memperkenalkan versi baharu Gran Max di pasaran dengan prestasi dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha tersebut seiring dengan Pelan Transformasi Perniagaan Daihatsu yang melihatkan kerjasama yang kukuh dijalin dengan cawangan dan pengedar bagi mengukuhkan rangkaian sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI