fbpx

Intan Ladyana, Harris Alif nikah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN LADYANA dan Harris Alif mempunyai jurang usia 17 tahun bakal berkahwin hari ini.

PETALING JAYA – Pelakon Intan Ladyana, 38, akan diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Harris Alif di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi hari ini.

Menurut wakil Sony Music Malaysia, majlis perkahwinan kedua-dua pelakon itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sesi temu bual bersama media juga akan dilakukan secara dalam talian selepas nikah.

“Semuanya akan berlangsung mengikut SOP, jadi pe­nganjuran majlis nikah mereka tidak melanggar perintah yang telah ditetapkan kerajaan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga de­ngan bekas peserta Ceria Popstar itu pada 6 ­Fe­bruari.

Bagaimanapun, tarikh tersebut dipercepatkan awal sehari susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang di­sambung sehingga 18 Februari.

Terdahulu, Intan dan Harris, 21, dilaporkan menjalin hubu­ngan cinta sejak awal tahun lalu.

Harris atau nama penuhnya Nor Harris Alif Nor Rashidi juga pernah memberitahu dia telah menghantar rombongan meri­sik pelakon drama Bougainvillea itu pada Julai lalu.

Pasangan yang mempunyai jurang usia 17 tahun itu juga mengumumkan menerima tajaan set barang kemas bernilai RM13.5 juta daripada butik Ceres Jewels.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI