PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 naik tiga sen kepada RM1.93 seliter berbanding RM1.90 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 12 Februari depan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga naik tiga sen daripada RM2.20 kepada RM2.23 seliter.
“Harga runcit diesel pula naik empat sen iaitu daripada RM2.07 seliter kepada RM2.11 seliter,” katanya.
Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – K!ONLINE