fbpx

Felda Jengka 20 dikenakan PKKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Said (kiri) mendengar taklimat daripada Norzamri Abdul Rahman (kanan) mengenai PKKL yang dilaksanakan di Felda Jengka 20 di Maran Pahang.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN – Felda Jengka 20 di sini dikenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti (PKKL) bermula semalam sehingga 18 Februari ini susulan peningkatan kes positif Covid-19 di tanah rancangan itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, sehingga kini terdapat 14 penduduk di Felda berkenaan disahkan positif Covid-19 manakala seramai 35 individu dikuarantin.

“Kes pertama positif Covid-19 di Felda ini dikesan pada 28 Januari lalu dan sehingga terkini seramai 35 individu bergejala dikuarantin di rumah masing-masing dan dipakaikan gelang merah.

“Seramai 11 pesakit perempuan telah dihantar menjalani rawatan di Kolej Jururawat Kuantan manakala tiga lelaki dihantar ke Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) Kuantan,”katanya selepas taklimat pelaksanaan PKKL di Felda Jengka 20 di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman.

Menurut Ismail, semalam PKKL hanya membabitkan enam lorong blok di Felda Jengka 20 melibatkan 150 buah rumah tetapi diperluaskan ke seluruh penduduk felda berkenaan hari ini.

Beliau memberitahu, Felda Jengka 20 yang terletak di kawasan Felda Wilayah Jengka mempunyai 435 buah rumah peneroka dan 15 buah rumah kakitangan Felda.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini terdapat lapan tanah rancangan di Felda Wilayah Jengka yang merekodkan kes positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI