fbpx

Banyak kereta beratur nak cuci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderan beratur untuk mendapatkan perkhidmatan mencuci kereta di Pusat Cuci Kereta Rina's Sikamat selepas kerajaan memberi kebenaran beroperasi dalam tempoh PKP bermula hari ini.

SEREMBAN – Pusat Mencuci Kereta Rina’s di Sikamat di sini tidak putus-putus didatangi pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan mencuci kenderaan selepas kerajaan memberi kelonggaran beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pemiliknya, N.Balachandran, 57, berkata, sejak dibuka seawal 8 pagi tadi setiap satu minit ada pelanggan baharu yang datang untuk mencuci kenderaan.

“Sebelum ini, hampir dua minggu kami tidak beroperasi selepas kerajaan mengumumkan PKP dan sepanjang tempoh tersebut pekerja tiada gaji.

“Kini, saya berasa lega apabila pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi semula dan pelanggan juga ramai yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan membasuh bahagian dalam dan luar kereta mereka,” katanya ketika ditemui di Sikamat di sini hari ini.

Menurut Balachandran, memang situasi hari ini sedikit berbeza dengan kehadiran ramai pelanggan yang ingin mencuci kereta namun kami juga menitikberatkan aspek Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk menjaga jarak dan sentiasa memakai pelitup muka.

“Walaupun dalam keadaan PKP, pelanggan juga sangat menjaga kenderaan mahu kereta bersih supaya selesa untuk dinaiki,” katanya yang mempunyai dua buah pusat mencuci kereta di Seremban dan 10 pekerja.

Menurut Balachandran, apa yang lebih penting dalam keadaan ramai yang terjejas ketika PKP, dia bersyukur dapat memperoleh semula pendapatan serta membantu pekerja mendapat gaji yang ‘hilang’ sebelum ini.

Sementara itu, seorang pelanggan Nor Azlina Mohammad, 30, berkata, dia tidak kisah untuk menunggu sedikit lama berbanding sebelum ini untuk mencuci kenderaan asalkan kereta kelihatan bersih.

“Sejak PKP kereta memang tidak sempat basuh dan berhabuk, bila tahu kerajaan benarkan pusat cuci kereta beroperasi saya terus hantar kereta (untuk dicuci).

“Memang ramai yang datang hantar kereta hari ini, saya lalu di pusat cuci kereta lain situasi sama juga berlaku kenderaan beratur,” katanya.

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP bermula hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI