fbpx

3,391 kes baharu, 19 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,391 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 234,874 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, empat adalah kes import manakala sebanyak 3,387 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,751 kes.

“Sebanyak 19 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 845 kes.

“Terdapat 3,392 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 185,278 kes,” katanya menerusi pemakluman menerusi Facebook beliau hari ini.

Selain itu, katanya, terdapat 310 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 134 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI