fbpx

United ulangi magis 26 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIAL berjaya meledak dua gol untuk United biarpun hanya masuk sebagai pemain gantian ketika mereka berpesta gol menewaskan Southampton 9-0 awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar ­Solskjaer mengakui sangat teruja selepas menyaksikan pasukannya membelasah Southampton 9-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi semalam.

Situasi selepas dua minit perlawanan bermula mengubah keadaan keseluruhan permainan selepas pemain tengah ­Southampton, Alexandre Jankewitz yang membuat debut untuk pa­sukannya dilayangkan kad merah.

Keputusan itu menyaksikan United merakam kemenangan dengan margin tersebut buat kali kedua dalam sejarah saingan EPL selepas melakukannya ketika menewaskan Ipswich Town ­dengan keputusan yang sama pada 4 Mac 1995.

Namun, Southampton pula mengalami kekalahan dengan jumlah jaringan tersebut buat kali kedua selepas tewas kepada Leicester City pada 25 Oktober 2019.

“Apa yang saya gembira dengan perlawanan ini adalah para pemain telah menunjukkan satu sikap yang betul, mereka dahagakan jaringan dan mahu menjadi lebih baik.

“Kami cuba menukar gaya permainan supaya lebih sukar dibaca oleh pihak lawan. Pemaintelah melakukan tugas ­dengan baik, berlari dan me­lakukan gerakan-gerakan berkesan,” katanya.

Solskjaer mengakui corak permainan menjadi terbuka selepas Jankewitz meninggalkan padang, namun mengakui United berdepan kesukaran untuk memecahkan benteng Southampton.

“Adakalanya apabila pasukan bermain dengan 10 pemain, mereka lebih tersusun dan mampu bertahan dengan baik,” ujarnya.

Pada aksi tersebut, Anthony Martial berjaya meledak dua gol manakala gol United lain dijaringkan oleh Aaron Wan-Bissaka, Marcus Rashford, Edinson Cavani, Bruno Fernandes, Scott McTominay, Daniel James serta jaringan sendiri pemain pertahanan The Saints, Jan Bednarek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI