fbpx

Tolong datang dalam mimpi saya, mak – Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Aaron Aziz meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Juriana Jaafar (kanan) yang meninggal dunia tahun lalu.

PETALING JAYA – Terlalu rindu. Itulah perasaan yang cuba digambarkan pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz terhadap ibunya, Allahyarham Juriana Jaafar yang meninggal dunia pada 7 November tahun lalu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon kelahiran Singapura itu berkongsi perbualan terakhir mereka sebelum ibunya meninggal dunia.

“Assalamualaikum son (anakku). Apa khabar Danish? Awak ada hubungi dia? Dia sihat?” tanya ibunya tentang anak sulung Aaron, Danish Anaqi yang sedang melanjutkan pengajiannya di Jepun.

Dalam hantaran berkenaan juga, pelakon filem KL Gangster 2 itu turut melahirkan kerinduan menebal terhadap arwah ibunya dan berharap mereka dapat bertemu dalam mimpi.

“Saya harap mak masih ada di sini lagi. Mesej terakhir mak pada saya ialah pada 28 Oktober, sebelum mak meninggal dunia pada 7 November tahun lalu.

“Sekarang mak sudah kembali ke pangkuan-Nya. Tolong datang dalam mimpi saya mak.

“Saya sangat rindu dan sayangkan mak,” ujarnya pada hantaran tersebut.

Rata-rata pengikutnya dalam Instagram turut melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap Aaron dan berdoa supaya arwah ibunya dirahmati Allah SWT.

“Faham perasaan ini. Rindu yang tidak tertanggung. Al-Fatihah,” ujar salah seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, ibu kepada aktor berusia 45 tahun itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura akibat serangan jantung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI