fbpx

Tokan dicekup sebelum sempat edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Hasrat seorang lelaki disyaki tokan untuk mengedar beberapa jenis dadah kepada pelanggan tidak kesampaian apabila dicekup polis di sebuah rumah di Jalan Gombak Batu 6 di sini Selasa lalu.

Suspek yang berusia 28 tahun itu diberkas bersama sejumlah dadah yang dianggarkan bernilai RM95,500 sekitar pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Nakortik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan IPD Serdang berjaya menangkap suspek dalam rumah berkenaan.

“Polis turut merampas dadah disyaki Erimin 5 sebanyak 1,000 biji, pil Yaba sebanyak 4,000 biji dan Syabu sejumlah 17 paket lutsinar.

“Semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan saringan air kencing turut mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek akan ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI