fbpx

Saddil perkuatkan skuad Sang Badak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SADDIL hanya selangkah lagi untuk mewakili Sabah dari Bhayangkara FC bagi mengharungi Liga M musim ini.

JENTERA serangan pasukan Sabah FC bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain sayap lincah dari Indonesia, Saddil Ramdani yang akan mengisi kuota import Asia Tenggara bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkembangan itu didedahkan oleh ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto yang percaya kualiti Saddil sesuai dengan falsafah bola sepak yang cuba diterapkan bersama pasukan itu musim ini.

“Secara lisan, saya boleh sahkan bahawa Saddil selangkah lagi untuk mewakili Sabah. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pasukan yang diwakili Saddil iaitu Bha­yangkara FC cukup positif.

“Jika tiada aral melintang, dia mungkin kembali bersaing pada Liga M bersama Sabah. Cuma, kami menunggu surat pelepasan rasmi daripada Bhayangkara FC sebelum pro­ses menandatangani kontrak dapat dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Saddil yang baru berusia 22 tahun bukan nama asing dalam kancah Liga M apabila dia pernah mewakili pasukan Pahang (kini Sri Pahang FC) pada musim 2019.

Mengulas lanjut, Kurniawan yang juga berasal dari Indonesia mengakui sangat mengenali Saddil yang memiliki karakter juara dalam usaha membantu pasukan tampil cemerlang khususnya dalam kempen Liga Super musim ini.

“Saya memang kenal Saddil secara peribadi dan dia memiliki kualiti yang bagus. Malah, kami sememangnya tidak mempunyai pemain sayap pantas di posisi kiri dan keha­dirannya bakal memberi nafas baharu buat jentera serangan pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI