fbpx

Rujuk mufti, majlis agama Islam negeri status ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli mengibarkan bendera sebagai tanda simbolik pelancaran bantuan banjir kepada penduduk di lima lokasi sekitar Kelantan di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri meminta umat Islam di negara ini merujuk mufti atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) jika ingin mengetahui status amalan atau ajaran tertentu.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan kesatuan masyarakat Muslim daripada berpecah-belah dan bertelingkah hanya kerana perbezaan pandangan mengenai sesuatu fahaman diragui.

“Sebaik-baiknya, pandangan yang lebih tersusun dan diyakini berhubung sesuatu isu perlu diambil daripada pihak yang berautoriti seperti pejabat mufti atau jabatan mufti sendiri di setiap negeri yang terlibat.

“Pada kelazimannya, pandangan dikemukakan mufti akan disokong penuh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pihak jabatan agama Islam negeri berkenaan.

“Dengan ini pandangan dikemukakan itu akan nampak lebih terarah dan tersusun serta diyakini. Jadi, rujuk mufti sekiranya ada persoalan mengenai hukum, keraguan dan fahaman (agama),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan konvoi bantuan banjir Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Kelantan, di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, pihaknya terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI