PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan produk minyak masak keluaran syarikat Perniagaan Minyak Masak Soon Hock Hin Sdn. Bhd. (Soon Hock Hin) memiliki sijil halal yang sah.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Jakim melalui Bahagian Hab Halalnya menjelaskan syarikat itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.
Selain itu, Jakim turut mengesahkan bahawa produk sardin keluaran syarikat Raoping Tengyue Foodstuff Co. Ltd. (Raoping Tengyue) adalah pemegang sijil halal Shandong Halal Certification Service (SHC).
“SHC adalah salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim di negara China,” katanya.-K! ONLINE