fbpx

KPT dan KBS bersama bantu perkasa belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (dua dari kiri) menghadiri mesyuarat inisiatif kolaborasi rentas kementerian antara KPT dan KBS hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan bersama membantu memperkasakan belia dan graduan institusi pendidikan tinggi (IPT) dalam beberapa bidang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, ia termasuklah perkongsian kepakaran dan fasiliti di mana KPT mempunyai Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang berperanan menyediakan platform bagi melaksanakan program latihan kepimpinan; pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan dan inovasi kepada pegawai dan pensyarah IPT.

“Selain itu, KPT juga mempunyai fasiliti-fasiliti seperti dewan kuliah, makmal, dewan persidangan serta fasiliti sukan dan rekreasi di 20 buah universiti awam, 36 buah politeknik dan 104 kolej komuniti yang boleh diguna sama oleh pelbagai pihak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, Noraini berkata, kedua-dua kementerian juga akan meneroka kerjasama dalam pelaksanaan penyelidikan.

” KPT mempunyai lima buah universiti yang diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan.

” Saya berpendapat, sekiranya kelebihan yang dimiliki ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak lain selain daripada IPT sendiri, nescaya hasilnya nanti akan dapat memberikan faedah yang lebih menyeluruh kepada masyarakat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI