fbpx

JMF mahu tindakan tegas dikenakan kepada Faruq Sungib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazli (kanan) menunjukkan laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun Facebook, Faruq Sungib di IPD Johor Bahru Selatan, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Persatuan Pesara Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap seorang individu yang memperlekehkan kerabat Diraja Johor di laman sosial Facebook, semalam.

Setiausahanya, Hairol Nazli Hamdan berkata, hantaran yang dibuat pemilik akaun bernama Faruq Sungib itu menimbulkan rasa kurang senang dan menjejaskan keharmonian kalangan rakyat di negeri ini.

Katanya, dalam hantaran yang sama, kenyataan terbabit didakwa menghasut serta memperlekehkan doa yang sentiasa dibaca selepas solat Jumaat di masjid dan surau di seluruh negeri ini.

“Saya percaya ‘kerabat J’ yang dimaksudkan dalam kenyataan itu merujuk kepada kerabat diraja Johor dan ini menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan rakyat Johor.

“Individu ini turut menyentuh tentang doa yang dibacakan setiap hari Jumaat buat sultan Dan kerabat sedsngkan doa itu dibaca untuk keseluruhan Johor,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Semalam, pemilik akaun bernama Faruq Sungib itu memuat naik hantaran mengatakan kerabat J bermegah dengan kemewahan ketika rakyat sedang bergelut pada waktu penularan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kes yang tersebut.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI