fbpx

Isa Samad selesai bayar ikat jamin tambahan RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad berjalan keluar selepas selesai membayar baki jaminan tambahan berjumlah RM700,000 di di Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad selesai membayar baki jaminan tambahan berjumlah RM700,000 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau yang memakai kameja belang biru tiba di mahkamah pada pukul 10.36 pagi bersama isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. khalid yang juga penjamin.

Jumlah ikat jamin itu kemudian selesai dibayar pada pukul 1.55 petang.

Semasa keluar ke lobi mahkamah selepas selesai membayar ikat jamin, Mohd. Isa sempat berseloroh dengan wartawan dan jurugambar sambil menyergah dengan berkata ‘jarak, jarak, jarak patuh prosedur operasi standard (SOP) kalau tidak denda RM1,000.mohd isa samad,

mahkamah,

 

Sementara itu peguam Siti Sarah Khalil yang mewakili Mohd. Isa pada hari ini ketika ditemui di lobi mahkamah berkata pihaknya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pukul 11 pagi.

Semalam Mohd. Isa dijatuhi hukuman  penjara 54 tahun dan denda RM15.45 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Ia membabitkan sembilan  pertuduhan rasuah berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FICSB), tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 54 tahun.

Bagaimanapun, hukuman itu  berjalan serentak dengan Mohd. Isa perlu menjalani hukuman enam tahun dan penjara tambahan 18 tahun sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan bagi kedua-dua hukuman itu sementara menunggu rayuan dan menetapkan jumlah jaminan dinaikkan kepada RM1.5 juta.

Mahkamah turut menetap kan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan sehingga tamat rayuan.

Mohd. Isa, 72, berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid Md Arip, bekas pegawai khas politik Mohd. Isa, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB pada RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI