fbpx

Ekuinas ceburi bidang farmaseutikal melalui pemilikan kepentingan Medispec

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) membuat pelaburan sulung di dalam industri farmaseutikal menerusi pemilikan kepentingan Medispec (M) Sdn. Bhd. (Medispec) berdasarkan pada nilai perusahaan berjumlah RM88.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Yasir Arafat Syed Abd. Kadir berkata, pelaburan Ekuinas di dalam segmen penjagaan kesihatan dan farmaseutikal adalah bertepatan dengan masanya kerana syarikat mahu mendapat manfaat daripada megatrend global dan anjakan demografik di tengah-tengah kemunculan wabak Covid-19.

“Medispec memiliki rangkaian pengedarannya yang besar dan telah terjalin di kalangan klinik, farmasi, hospital awam dan swasta.

“Melalui pelaburan tersebut, pastinya ia menawarkan peluang berpotensi kerana terdapat peluang industri yang cerah, jenama sendiri dengan prospek pertumbuhan kuat serta perancangan produk sihat.

“Faktor ini penting dalam me­rangka pelan pertumbuhan masa depan Medispec dan kami berharap untuk bekerjasama erat dengan mereka.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Syed Yasir Arafat menjelaskan, Medispec ialah salah satu peneraju pengedar dan pemasar produk penjagaan kesihatan dan farmaseutikal di Malaysia dengan rekod prestasi lebih dari 35 tahun.

Entiti tersebut telah me­nubuhkan satu rangkaian pembekalan dan pengedaran yang kukuh, dipacu dengan pemahaman industri yang mendalam dan hubungan erat dengan pihak berkepentingan.

“Kami berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke peringkat seterusnya,” jelasnya.
Sehingga kini, Ekuinas telah melaksanakan pelaburan kumulatif dalam 42 syarikat sejak penubuhannya pada 2009 dengan jumlah pelaburan komited­nya adalah sebanyak RM4.4 bilion.

Melalui pelaburan tersebut, ia telah menjana impak positif terhadap ekonomi secara meluas dan menjadikan jumlah kemasukan modal bersama rakan sektor swasta bernilai RM5 bilion.

Mengenai Medispec, ia merupakan peneraju farmaseutikal tempatan dan pengedar produk makanan tambahan yang memasarkan lebih daripada 100 ubat farmaseutikal dan 30 makanan tambahan kesihatan untuk ke­dua-dua kategori preskripsi dan di kaunter (OTC).

Syarikat juga memiliki Vitamode, jenama makanan tambahan kesihatan sendiri yang memenangi pelbagai anugerah.
Produk di bawah jenama ber­kenaan adalah seperti CoQ10 Ubiquinol, Mecobin, Lacidofil, Cognipro dan Tumecap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI