fbpx

Dua lelaki pecah masuk rumah doktor dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satisylin (kanan) dan Gunasylin yang diburu polis selepas disyaki terlibat pecah masuk rumah seorang doktor di Taman Sentosa.

KLANG – Kegiatan dua lelaki termasuk seorang daripadanya masih dalam jaminan mahkamah memecah masuk rumah seorang doktor mengundang padah apabila mereka diberkas di Taman Sentosa di sini, baru-baru ini.

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 27 tahun ditahan pukul 11 malam, Selasa lalu iaitu dalam tempoh lebih 25 jam selepas melakukan jenayah di kawasan sama.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penangkapan mereka susulan laporan polis dilakukan seorang doktor wanita berusia 30 tahun yang kerugian RM22,650 selepas rumahnya dipecah masuk pukul 9.30 malam, Isnin lalu.

Katanya, antara barangan yang hilang termasuk sebuah komputer riba jenis MacBook Air, tujuh utas jam tangan pelbagai jenama, sepasang anting-anting emas, dua tali pinggang berjenama dan sebuah botol pewangi berjenama.

“Siasatan mendapati salah seorang suspek yang ditangkap berusia 27 tahun pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan pecah rumah pada Disember lalu dan diberikan jaminan RM3,000.

“Hasil siasatan turut mendapati mereka terlibat dalam dua kes dan aktif sejak dua bulan lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amar, turut dirampas daripada dua suspek adalah empat utas jam dan satu tali pinggang dipercayai milik mangsa.

Ujar beliau, modus operandi mereka menggunakan objek besi untuk mengumpil pintu depan rumah bagi melakukan jenayah itu.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Mereka kini direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar menegaskan pihaknya memburu lagi ahli geng itu dikenali M. Satisylin, 27 dan adiknya Gunasylin,19, yang beralamat terakhir di Lorong Hulubalang 30B, Taman Sentosa di sini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI