fbpx

Dua buah rumah, surau musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertungkus lumus memadam api kebakaran melibatkan sebuah surau dan dua rumah dalam kejadian di Lorong 6, Kulai Besar, Kulai, Johor hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

KULAI – Sebuah surau dan dua buah rumah yang terletak di Lorong 6, Kulai Besar, di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran pada pukul 7.49 pagi.

Empat buah jentera termasuk sebuah Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah jentera tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dan BBP Bandar Baru Kulai melibatkan seramai 24 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Khairi Zainudin berkata, kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal yang berkeluasan kira-kira 1,350 kaki persegi dan sebuah surau berkeluasan 2,000 kaki persegi.

“Dua buah rumah dan sebuah surau itu terbakar kira-kira 70 hingga 80 peratus daripada keseluruhannya.

“Menurut saksi di tempat kejadian, kebakaran bermula dari surau dan telah merebak ke dua buah rumah bersebelahan.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan air tangki pam jentera FRT dan pili bomba berhampiran. Kebakaran tidak melibatkan mangsa manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Khairi berkata, operasi pemadaman memakan masa hampir dua jam dan operasi ditamatkan pada pukul 10 pagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI