fbpx

Apandi buat laporan polis terhadap Tommy Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali (kanan), dan Peguamnya, Datuk Baljit Singh selepas membuat laporan polis ke atas Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, di IPD Sentul, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR- Bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali membuat laporan polis terhadap penggantinya, Tan Sri Tommy Thomas berhubung kenyataan dalam buku memoir Tommy, My Story: Justice in the Wilderness yang diterbitkan baru-baru ini.

Apandi yang ditemani peguamnya Datuk Baljit Singh membuat laporan polis pukul 2.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Dalam laporan polis itu, Apandi menyatakan buku tersebut secara amnya mengandungi tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas sama sekali.

“Lebih teruk daripada itu, saya menyatakan kandungan buku tersebut mengandungi fitnah jenayah terhadap saya terutamanya dalam muka surat 199.

“Saya percaya fitnah jenayah adalah kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” menurut laporan tersebut.

Apandi mendakwa, buku itu juga mendedahkan perkara-perkara sulit yang tertakluk kepada undang-undang kerahsiaan negara.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan kepada media susulan laporan polis tersebut, Apandi berkata tujuan beliau membuat laporan polis adalah untuk memastikan semua pihak yang telah dianiaya, difitnah dan dihina dalam buku itu mendapat keadilan.

“Ini adalah terutamanya untuk pegawai-pegawai perundangan di dalam Jabatan Peguam Negara yang sedang berada dalam dilema di mana mereka mahu membela diri tetapi Ini bermaksud mereka terpaksa juga melawan bekas ketua mereka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI