fbpx

59 peratus jangkitan Covid-19 di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Data terkini kerajaan menunjukkan lebih separuh atau 59 peratus jangkitan kes Covid-19 di Malaysia berlaku di tempat kerja.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak 19 peratus di pusat tahanan,
kediaman (14 peratus), rumah ibadat atau aktiviti keagamaan (lima peratus) dan kes import (dua peratus).

“Saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar SOP yang sedang berkuatkuasa.

“Satu Pasukan Petugas Khas Pemantauan dan Penguatkuasaan PKP yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan kementerian telah ditubuhkan untuk memantau pematuhan SOP di premis-premis,” katanya dalam perutusan khas hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI