fbpx

4,571 kes, 17 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
4,571 kes hari ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,571 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 231,483 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 4,568 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,771 kes.

“Sebanyak 17 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 826 kes.

“Terdapat 4,092 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 181,886 kes,” katanya menerusi pemakluman pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 308 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 135 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI