fbpx

36 individu dikenakan tindakan ingkar kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Duduk rumah atau bakal dikenakan tindakan!.

Demikian amaran tegas polis Selangor kepada semua individu yang diarah kekal menjalani tempoh kuarantin Covid-19 di rumah masing-masing di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, sebanyak 36 kertas siasatan telah dibuka terhadap 36 individu yang gagal mematuhi perintah kuarantin sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Berdasarkan statistik, semua individu itu dikenakan tindakan sepanjang tempoh antara 18 Mac tahun lalu sehingga semalam.

“Kesalahan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian di sini, hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI