fbpx

Tommy Thomas disiasat kerana memfitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tommy Thomas

SHAH ALAM – Polis Selangor membuka siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung unsur fitnah terhadap seorang lagi bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, unsur fitnah tersebut adalah berkaitan buku Thommy berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

“Laporan polis diterima daripada Mohamad Hanafiah di Balai Polis Cyberjaya, semalam.

“Polis akan memanggil Tommy secepat mungkin bagi merakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 kerana menfitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Tommy menerusi halaman 248 buku itu telah mempersoalkan kredibiliti Mohamad Hanafiah dalam perbicaraan melibatkan penyalahgunaan dana di bekas 1Malaysia Development Berhad (1MDB ) anak syarikat, SRC International Sdn Bhd, oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Thomas mengatakan bahawa dia tidak yakin Mohamad Hanafiah dan pegawai kanan lain “mampu memimpin dan mengawasi jumlah persiapan yang luar biasa yang diperlukan untuk perbicaraan SRC”.

“Mereka (Mohamad Hanafiah dan pegawai kanan lain) didakwa “lebih selesa menjalankan tugas pentadbiran” kerana “kekananan mereka dalam organisasi birokrasi seperti AGC” daripada bersiap sedia untuk perbicaraan,” jelas petikan buku itu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI