fbpx

Rizky Febian pernah miliki ratusan video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY FEBIAN

PENYANYI Rizky Febian mengaku bahawa dia gemar menyimpan video lucah ketika masih menuntut di sekolah menengah.

Pengakuan dibuat Rizky ketika menjadi tetamu bersama El Rumi dan Dul Jaelani dalam saluran YouTube Maia Aleldul TV.

Menurut Rizky, ketika zaman persekolahan, dia tergolong dalam kumpulan pelajar nakal.

“Saya mempunyai koleksi video lucah sehingga ada beratus-ratus buah video. Tapi sayang semuanya telah saya buang,” ujarnya.

Semasa ditemu bual, Rizky turut menceritakan pengalaman apabila secara tidak sengaja memberikan DVD filem lucah kepada gurunya.

“Saya menyimpan DVD itu di dalam buku dan secara tidak sengaja memberikannya kepada guru sekolah.

“Saya berasa sangat malu apabila dipanggil oleh guru dan disoal tentang DVD filem lucah tersebut,” ujarnya.

Sejak kejadian memalukan itu, Rizky telah membuang kesemua koleksi video lucah miliknya dan berazam untuk berubah menjadi remaja yang baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI