fbpx

Risiko kanak-kanak didera secara senyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
FIRDAUS HASSAN
PENOLONG PENGARANG BERITA

TRAGEDI menimpa seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemui mati di Taman Krubong Jaya, Melaka benar-benar menyayat hati.

Media pada Jumaat lalu melaporkan, kanak-kanak malang itu didakwa telah mati lemas di dalam tong air oleh bapa tirinya, namun siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Susulan itu, ibu kandung serta bapa tiri mangsa itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saban tahun, negara sering digemparkan dengan paparan berita kes-kes penderaan kanak-kanak.

Pada 21 Januari lalu, seorang nenek warga Indonesia, Ipzuma Ambo, 55, didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan membunuh cucu perempuan saudaranya berusia lima tahun yang juga merupakan orang kelainan upaya dalam kejadian di Gombak.

Selain itu, bapa kanak-kanak malang itu, Roza Iskandar Mardi, 34, turut dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengabaikan mangsa.

Pada 2015, semasa bertugas di Kelantan, penulis sempat membuat liputan kes kanak-kanak perempuan, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, yang terpaksa menanggung kecacatan kekal seumur hidup mengalami patah 13 tulang termasuk tulang belakang akibat menjadi mangsa dera.

Bekas Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan dilaporkan berkata, kecacatan itu berlaku kerana mangsa atau mesra dengan panggilan Yaya tidak pernah menerima sebarang rawatan sejak dari awal sebaliknya dibiarkan sembuh sendiri.

Bayangkan penderitaan serta trauma yang terpaksa dikendong adik Yaya ini seumur hidup.

Penderaan atau penganiayaan kanak-kanak ini selalunya dilakukan oleh keluarga terdekat.

Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, seseorang yang berusia bawah 18 tahun didefinisikan sebagai kanak-kanak. Jadi, golongan ini dilindungi oleh akta tersebut.

Selain penderaan secara fizikal, kanak-kanak juga terdedah kepada penderaan seksual, emosi dan pengabaian.

Dua elemen ini dikategorikan sebagai penderaan senyap, di mana kanak-kanak dianiaya secara perlahan-lahan selain kesannya hanya dilihat dalam tempoh tertentu.

Kanak-kanak yang didera emosi berdepan kesan kecelaruan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau perkembangan lambat.

Pengabaian pula boleh mengakibatkan mangsanya kekurangan aspek penjagaan fizikal, nutrisi serta penjagaan kesihatan diri.

Penulis berpendapat sudah tiba masanya masyarakat memainkan peranan masing-masing.

Jika penderaan berlaku di rumah, pengasuh serta guru di sekolah perlu sentiasa peka dengan perubahan emosi kanak-kanak tersebut serta laporkan kepada pihak berwajib.
Institusi pendidikan juga boleh memainkan peranan dalam isu ini dan sudah tiba masanya silibus berkaitan penderaan dimasukkan dalam subjek pembelajaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI