fbpx

Rihanna, Greta cetus kemarahan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN petani menyekat sebuah lebuh raya semasa menunjuk perasaan membantah reformasi pertanian di sempadan Delhi-Uttar Pradesh pada 29 Januari lalu. - AFP

NEW DELHI – Kerajaan India hari ini mengecam bintang pop, Rihanna dan aktivis iklim, Greta Thunberg kerana mengeluarkan komen ‘sensasi’ di Twitter berhubung protes petani dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap gergasi media sosial Amerika Syarikat (AS) tersebut kerana tidak memadamkan kandungan lain berhubung demonstrasi itu.

Platform media sosial menjadi medan pertarungan utama di India sejak berpuluh-puluh ribu petani berkampung di pinggir ibu kota India, New Delhi pada November tahun lalu untuk membantah tindakan kerajaan merombak undang-undang pertanian negara.

Rihanna yang mempunyai lebih 100 juta pengikut di Twitter menulis: “Mengapa kita tidak bercakap tentang ini!” bersama pautan berita mengenai sekatan internet di sebilangan kem penunjuk perasaan.

Beratus-ratus ribu orang mengulang ciap atau mengklik ‘suka’ pada komennya.

Aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg turut menulis tentang berita sekatan internet itu dan berkata: “Kita bersama-sama (menyokong) #ProtesPetani di India.”

Meena Harris iaitu anak saudara Naib Presiden AS, Kamala Harris turut meluahkan sokongannya dan menyatakan bahawa semua orang sepatutnya marah dengan tindakan kerajaan India menyekat internet dan keganasan kumpulan separa tentera terhadap petani yang menunjuk perasaan.

Ibu Harris berasal dari India.

Komen Twitter selebriti itu menggemparkan dunia online di India di mana protes tersebut menjadi cabaran paling getir kepada Perdana Menteri, Narendra Modi sejak beliau mengambil alih kuasa pada 2014.

Sementara itu, Kementerian Luar India berkata, selebriti tersebut tidak perlu campur tangan dalam hal dalaman India dan perlukan pemahaman wajar berhubung isu tersebut.

Sebilangan netizen India menyokong Rihanna tetapi sebahagian yang lain menentangnya.

Aktres Bollywood, Kangana Ranaut yang menyokong Modi, melabel petani tersebut sebagai ‘pengganas’ dan menggelar Rihanna seorang yang ‘bodoh’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI