fbpx

Penganggur edar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah dadah jenis heroin dan syabu yang dirampas daripada seorang penganggur di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Kegiatan seorang penganggur mengedar dadah secara kecil-kecilan di daerah ini berakhir apabila dia ditahan polis di sebuah rumah di Jalan Datuk Kumbar dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebuah beg mengandungi tiga peket plastik lut sinar pelbagai saiz berisi dadah disyaki heroin seberat kira-kira 39.21 gram.

“Selain itu, terdapat sembilan peket plastik lut sinar pelbagai saiz masing-masing berisi dadah disyaki syabu seberat kira-kira 36.95 gram. Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Bezza bagi tujuan siasatan.

“Suspek dipercayai telah setahun terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan untuk penagih di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI