fbpx

Pemaju diarah membaiki enam kediaman rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kediaman yang rosak akibat kejadian tanah runtuh di Taman Gambang Damai di Kuantan pada awal Januari lalu.

Oleh NIK SUKRY RAMLI

KUANTAN – Pemaju kawasan perumahan di Taman Gambang Damai, dekat sini, diarahkan untuk membaiki enam kediaman yang rosak akibat kejadian tanah runtuh, awal Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata, pemaju juga diminta melakukan kerja pemulihan kerosakan cerun yang runtuh dengan pemantauan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) .

Katanya, keputusan mesyuarat bersama pemaju, Sentoria Alpa Sdn Bhd pada 29 Januari lalu, juga bersetuju supaya pihak pemaju membaiki beberapa infrastruktur lain di taman perumahan itu.

“Mereka (pemaju) juga perlu memperbaiki keretakan longkang dan rumah, tembok jalan masuk ke tangki air Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan membuat laluan air keluar dari kolam yang terdapat di atas bukit.

“Selain itu, sistem bekalan air pintasan akan dibaiki pihak PAIP,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam pada 5 Januari lalu, dua unit rumah berkembar di Lorong 29, Taman Gambang Damai, dilaporkan musnah, apabila runtuh dipercayai akibat pergerakan tanah di cerun bukit berhampiran taman perumahan berkenaan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI