fbpx

Marco Panari mati tersedak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARCO PANARI

KEMATIAN mengejut pelakon sinetron terkenal Marco Panari pada malam Sabtu lalu menimbulkan banyak pertanyaan umum, sehingga dia disahkan meninggal dunia akibat tersedak.

“Dia tidak menghidap sebarang penyakit dan keadaannya sihat sahaja.

“Kami juga tidak pasti punca kematiannya. Namun hasil bedah siasat yang dibuat ke atas mayatnya mendapat Marco meninggal dunia akibat tersedak,” ujar wakil pengurusan Marco, Bentuk Management.

Marco yang juga adik kepada pelakon Angela Gilsha sudah dibawa pulang ke kampung halamannya di Bali untuk dikebumikan di sana.

Marco yang popular menerusi sinetron Bajaj Bang Gocir dan Dia Bukan Manusia, berusia 23 tahun mengawalinya kariernya sebagai model pada 2016 sebelum terjun ke bidang lakonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI