fbpx

KPDNHEP kemuka cadangan waktu perniagaan dilanjutkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (tiga dari kanan) mendengar keluhan salah seorang peniaga kenderaan saji yang beroperasi di Presint 2, Putrajaya ketika lawatan kerjanya malam semalam.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi kelonggaran aktiviti penjualan makanan dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam di kawasan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, cadangan itu turut meliputi kebenaran operasi premis perniagaan secara ‘dine-in’ atau makan di kedai, tanpa mengabaikan aspek pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, cadangan tersebut diperrtimbangkan pihaknya selepas mengambil kira kesukaran peniaga termasuk pengusaha kenderaan saji mengekalkan momentum perniagaan mereka dalam tempoh mencabar ini.

“Saya memberi komitmen akan membawa perkara ini kepada makluman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk dipanjangkan kepada MKN segera.

“Ini bagi membolehkan penilaian dilakukan dan langkah-langkah sewajarnya dapat diambil untuk mengatasi isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI