fbpx

Ismail Kijo meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail

PETALING JAYA – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo meninggal dunia pada pukul 12.33 tengah hari tadi.

Allahyarham sebelum ini disahkan positif jangkitan Covid-19 sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Ampang, Mohammad Nowaiser Badawi yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di hospital berkenaan.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar turut
mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham melalui akaun Facebooknya.

“Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan Umno Negeri Selangor, Ketua Umno Bahagian Ampang kembali ke Rahmatullah.

“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam Takziah kepada seluruh anggota keluarga. Al-Fatihah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI