fbpx

JPJ jamin bekalan disk LKM mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bekalan disk Lesen Kenderaan Motor (LKM) dijamin mencukupi bagi menampung urus niaga pelanggan di seluruh negara termasuk di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia, MyEG dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (Puspakom).

JPJ dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 1,145,000 keping disk LKM dibekalkan kepada cawangan JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan Puspakom pada bulan Januari lalu agar bekalan mencukupi.

Katanya, JPJ dengan kerjasama pembekal dokumen disk LKM juga telah menghantar bekalan tambahan 420,000 keping lagi baru-baru ini agar tiada masalah putus bekalan timbul.

“Sehubungan itu, JPJ memberi jaminan bahawa kekurangan bekalan disk LKM tidak akan berlaku supaya pengguna tidak menghadapi kesulitan menjalankan urus niaga berkaitan LKM,” katanya.

JPJ berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan yang diterbitkan oleh portal Malaysiakini versi bahasa Cina bertajuk ‘Kekurangan pelekat cukai jalan berlaku di seluruh negara, peniaga kereta kehilangan peluang perniagaan Tahun Baru’ pada 1 Februari lalu.

Sementara itu, JPJ berkata, para pelanggan dinasihati agar mengutamakan urus niaga secara online serta tidak terburu-buru mendapatkan dokumen fizikal di kaunter-kaunter.

“Ini bagi mengelakkan kebanjiran orang ramai di cawangan JPJ dan rakan niaga ketika pandemik Covid-19.

“Ia juga selaras dengan pengecualian memperbaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan LKM persendirian dari 1 Februari hingga 31 Mac depan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI