fbpx

Indah Permatasari nafi hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDAH PERMATASARI

PELAKON Indah Permatasari yang baru sahaja melangsungkah perkahwinan dengan pelawak, Arie Kriting dikhabarkan kini hamil.

Bagaimanapun, berita tersebut pantas disangkal pelakon sinetron Rahasia Aura itu.

Menerusi sebuah foto yang dimuat naik dalam Instagramnya, seorang netizen tertarik dengan bentuk perut pelakon tersebut dan mendakwanya sedang hamil.

“Kakak telah hamil ya?” ujar salah seorang pengguna laman sosial.

Membalas pertanyaan peminatnya, pelakon itu menulis: “Belum lagi. Mohon mendoakan kesejahteraan saya,” katanya.”

Terdahulu, pernikahan Indah dan Arie pada 12 Januari lalu telah mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan Indonesia selepas ibu bapa Indah tidak bersetuju pernikahan anaknya dengan pelawak tersebut.

Disebabkan perkara tersebut, Indah dan Arie telah membuat keputusan untuk berkahwin secara senyap-senyap tanpa restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI